Applegreen :)
SweetOwner


An original is always worth more than a copy :)



Diary About Link Stuff


CREDIT!


Edit By: Miss Peja

Tahniah buat Cikgu Fazly bersama Isterinya. Love Until Jannah :DD

Assalamualaikum (: Good Night 




Carilah Pasangan Hidup Yang Mengutamakan Kehidupan Di Hari Akhirat

-Tahniah buat Cikgu Fazly dan isteri, moga berbahagia..
Love Until Jannah-

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu." (Hadis Riwayat Thusiy)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maskdunya : "Barangsiapa yang mampu untuk berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat memelihara mata dan menjaga kemaluan. dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah menahan keinginan (hawa nafsu)."

Wanita yang solehah adalah wanita yang beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain. Mempunyai akhlak yang mulia, hati yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang solehah untuk memastikan rumahtangga yang terbina adalah rumahtangga Islam (baitul muslim). Semua masa dan waktunya dipergunakan dengan sebiak-baiknya untuk mencari keredaan Allah SWT.

Wanita solehah yang sedar terhadap petunjuk agama serta mendalam imannya memiliki keyakinan bahawa Allah SWT telah menetapkan matlamat hidup berdasarkan firman-Nya dalam surah Az-Zuriyat ayat 56 yang bermaksud : "Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepada-ku"

Sesiapa yang berhajat mencari pasangan hidup perlulah utamakan agama dan mengutamakan kehidupan di hari akhirat.

Doa untuk mendapat jodoh yang baik bukannya bermula dari saat kita dah besar dan dekat nak kahwin pun. Tetapi doa tu kita usaha doa dari kita dan faham lagi bahawa kita mahukan jodoh yang baik.

Tak kiralah form 2 ka. Form 3 ka. Malah sesiapapun. Kalau dia faham erti doa untuk mendapat jodoh yang baik, amalkanlah doa tu sejak dari umur belasan tahun lagi. Moga Allah makbulkan doa kita itu kerana ALLAH tidah pernah mensia-siakan doa hamba-Nya ^^


 Kadang-kadang rasa jeles kot tengok orang menikah. Tapi tak mengapa, itu rezeki diaorang. Rezeki masing-masing. Kena tengok pro dan kontranya juga. Bila sudah jauh berjalan ni, macam-macam yang saya belajar.


 Belajar tentang kelebihan dan kekurangan berkahwin time belajar. Bagi setengah orang, kahwin time belajar mampu buat dia fokus study, menjaga hati. Hmmm, tapi bagi sesetengah orang, dia berfikiran jauh.


Takkan mahu kahwin time study, sapa nak sara isteri dan anak-anak. Nanti rumah, kereta, duit gaji macam mana bila masa depan =='



Hmmm. Dah dah dahhhh. 

Apa apa pun entry ini just nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CIKGU FAZLY DAN ISTERINYA YANG TERCINTA (:
tiada maksud yang lain ehh --' hehe

Bytheway.. Jangan lupa semua, doa dapat jodoh yang baik tau 


Note : Jangan lupa doakan untuk saya juaaaa :P

Ulama ada berpesan : "Jika kita terlalu kejar dunia, dunia akan lari daripada kita, tetapi jika kita kejar akhirat, dunia akan datang dekat (tunduk) kepada kita."








InsyaAllah. Baiklah, Dah lewat malam nih. Kbaii (:


Labels: