Applegreen :)
SweetOwner


An original is always worth more than a copy :)



Diary About Link Stuff


CREDIT!


Edit By: Miss Peja

KATAKAN TAK NAK !!

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh (: .
Dengan nama Allah pencipta seluruh kejadian.


Valentine day?
Mendengar kepada perkataan Valentine di atas,sudah pastinya semua pembaca tahu tentang Hari Valentine, Hari pasangan kekasih yang disambut bagi membuktikan kasih sayang pada 14 Februari setiap tahun oleh orang barat yang kemudiannya menjadi ikutan orang Asia seterusnya disambut juga oleh orang Islam.
Pelik kan, katanya kita ini seorang Islam, tetapi kenapa kita meniru ajaran agama lain?
Hadis Rasulullah s.a.w:" Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu".
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :"Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Nak ke kita menjadi orang yang rugi? Di dunia pun kita rugi kerana konon-kononnya "menghadiahkan" cinta dan kasih sayang kita kepada kekasih yang belum tentu akan menjadi pasangan kita hingga syurga. Inikan pula di akhirat?
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
Valentine Day adalah Hari cinta atau hari nafsu??
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di bumi adalah baik. Tetapi ianya bukanlah  untuk seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula ia bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Malah  Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri".
Pada pendapat saya, cinta itu bukanlah hanya mengenai perasaan. Cinta itu adalah penghormatan , tanggungjawab , ambil berat dan menerima seadanya. Tetapi pada hari valentine itu, ramai remaja yang menyambut hari valentine bersama-sama sehingga menyebabkan keterlanjuran atau perlakuan sosial di luar batas. Dan pada pendapat saya , bila berkelakuan sedemikian , itu bukanlah cinta namanya tetapi nafsu.
Tak tahukah kita bila kita berdua-duaan itu akan ada pihak ketiga dan pihak ketiga itu adalah syaitan. Dan bila ada syaitan itu, dihasut-hasutnya kita supaya melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Dan bila kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah itu kita akan mendapat kesusahan dan juga dosa.
Oleh itu kepada para pembaca yang saya hormati sekalian,
Tak usahlah kita menyambut Hari Valentine yang kononnya diangkat sebagai Hari berkasih sayang itu. Lebih baik kita berkasih sayang dengan Tuhan kita yang satu,Allah SWT kerana Allah itu kan bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. InsyaAllah jika mencintai Allah dan menyayangi seseorang kerana Allah, kita akan mendapat manfaat dan kebahagiaan.
Akhir sekali , Menurut kata-kata peguam Zulkifli Nordin "VALENTINE" itu adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 pula adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah Zalim!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga kita Semua dapat mengambil pengajaran. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol?


Sekian .Terima Kasih .