Cinta Menurut Hassan al-Banna !
Assalamualaikum wbt.
Kali ni mahu berbicara tentang cinta. Semua orang kat dunia ni bercerita tentang cinta kat mana-mana and tiap masa ada je update tentang cinta. Tapi semua tu tidak menarik perhatian saya. Saya terbaca dalam "Detik-Detik Hidupku Hassan al-Banna"
halaman 40 :
‘Imam Hassan Al-Banna menyampaikan ceramah mengenai al-Quran pada
setiap hari Rabu di kawasan ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda mengemukakan
satu soalan yang menarik,
"Adakah bercinta itu halal atau haram?"
Hassan Al-Banna tersenyum lama dan kemudian menjawab:
"Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.
Saya pun tersenyum juga membaca jawapan al-Banna ini:)
Jawapan yang genius sekali.
Indah kan bila banyak kata-kata indah dan janji manis dipendamkan dan disimpan elok-elok untuk diluahkan kepada yang berhak yang sudah sah menjadi milikmu. :)
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan untuk kali yang keseterusnya. Jadi, luah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta :)
Baik , itu sahajalah dari saya kali ini.
jumpa lagi
Labels: Bercinta --'